iklan

Rabu, 10 Mei 2017

Selamat hari guru

*SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG* (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selasa, 9 Mei 2017

IBU TUA DAN KITAB LAMA.....

*IBU TUA DAN KITAB LAMA*

Ibu tua seumpamakan kitab lama.
Nak di baca ayat sesetengah tiada,
disimpan tapi tidak dijaga,
Nak buang sayang rasanya,
Nak membuang rasa berdosa,
Ibu tua terlalu rindu anak2 nya,
Mengalir si air mata,
Tiada dapat diungkap pada kata,
Mkn pun setiasa lapar dan dahaga.
Ibu tua dan kitab lama terpisah tiada,
Persamaan hampir sama,
Anak2 yg jauh terasa rindu padanya,
Pulang hanya pada pagi raya,
Sehaya menurut adat sahaja,
Rutin mereka sibuk dunia sentiasa,
Ibu tua dan kitab lama amat berbeza kasihnya,
Ibu tua perlukan kasih anaknya,
Anak berderet bisa dijaga,
Ibu tua seorang sahaja,
Anak yg jauh terlepas mata,
Jauh bertanggungjawab rasanya tiada,
Melepas beban pada yg didepan mata,
mengalir air mata si ibu tua,
Persamaan hampir sama,
Menanti tua dihujung dunia,
Sampai bila.....
Kembalilah anak pada ibu tua,
Berbakti kasih padanya,
Kelak dijemput Allah swt yg maha kuasa.


Nukilan.....kp kiff.